Pemborong Jahit Pukal

Pemborong Jahit Pukal

Tempahan Baju Kurung Pahang kain Creep

Tempahan ini dari pelanggan Shah Alam sebanyak 112 pasang. Dalam 112 pasang tu nak campur-campur. Kurung Pahang ada, Kurung Berlinning ada, kain yang pelanggan hantar juga campur2. Gambar yang nak dipaparkan ni kain Creep punya. Pertama sekali, kita bentang kain nak potong.
Kain yang di bentang nak saiz L, dan ada 4 warna. Jadi bentang kaler ini dahulu kemudian lapiskan dengan kaler kelabu pulak.

Bila dah bentang yang kaler kelabu ni, bentang yang kaler biru pula. Jadi dah tiga lapis, semua sama saiz L.
Biru dah bentang, kaler yang terakhir bentang kain warna dark pink. bila buat berlapis macam ini, cepat dah siap potong saiz L 4 helai.
Ok semua dah siap bentang, pola saiz L ditekap dan ditanda dengan kapur.

Siap tanda dengan kapur, standby la dengan potong kain mengikut tanda kapur. Potong kena betul-betul tak boleh senget.
Dah siap potong, kena ikatkan dengan label saiz dan keterangan tentang baju yang hendak dijahit. Misalnya pelanggan tak nak tindih kasih, tulis tak nak tindih kasih.



Kain-kain yang dipotong start dengan jahit tepi. Lepas jahit tepi boleh la start sambung pesak, kekek, tangan.







Okey sementara budak belakang sekali(baju putih) tu tengah jahit tepi kain Creep kita, budak jahit yang lain tengah jahit kain SB Line. (Tak sure nama kain tu, pelanggan cakap SB Line, SB Line sahaja. Yang penting kualiti jahitan jaga)

Kain SB line ni tak sempat nak tanyang gambar masa potong. Pelanggan hantar malam, malam tu jugak potong. Itu yang tak sempat ambik gambar.Ini gambar kain tengah jahit, susun tepi.


Okey, posisi tepi pulak.

Jahit lapik leher.


Okey, ini bahagian dalam gosok kain tu jadi lipatan kain susun tepi.

Dah siap gosok, sambung jahit bawah, jahit getang pinggang. Okey terima kasih, sekarang nak checking baju yang siap jahit (QC) nanti baju2 yang siap akan di paparkan. Amigos.