Pemborong Jahit Pukal

Pemborong Jahit Pukal

Tempahan Baju Kurung Pahang kain Creep

Tempahan ini dari pelanggan Shah Alam sebanyak 112 pasang. Dalam 112 pasang tu nak campur-campur. Kurung Pahang ada, Kurung Berlinning ada, kain yang pelanggan hantar juga campur2. Gambar yang nak dipaparkan ni kain Creep punya. Pertama sekali, kita bentang kain nak potong.
Kain yang di bentang nak saiz L, dan ada 4 warna. Jadi bentang kaler ini dahulu kemudian lapiskan dengan kaler kelabu pulak.

Bila dah bentang yang kaler kelabu ni, bentang yang kaler biru pula. Jadi dah tiga lapis, semua sama saiz L.
Biru dah bentang, kaler yang terakhir bentang kain warna dark pink. bila buat berlapis macam ini, cepat dah siap potong saiz L 4 helai.
Ok semua dah siap bentang, pola saiz L ditekap dan ditanda dengan kapur.

Siap tanda dengan kapur, standby la dengan potong kain mengikut tanda kapur. Potong kena betul-betul tak boleh senget.
Dah siap potong, kena ikatkan dengan label saiz dan keterangan tentang baju yang hendak dijahit. Misalnya pelanggan tak nak tindih kasih, tulis tak nak tindih kasih.



Kain-kain yang dipotong start dengan jahit tepi. Lepas jahit tepi boleh la start sambung pesak, kekek, tangan.







Okey sementara budak belakang sekali(baju putih) tu tengah jahit tepi kain Creep kita, budak jahit yang lain tengah jahit kain SB Line. (Tak sure nama kain tu, pelanggan cakap SB Line, SB Line sahaja. Yang penting kualiti jahitan jaga)

Kain SB line ni tak sempat nak tanyang gambar masa potong. Pelanggan hantar malam, malam tu jugak potong. Itu yang tak sempat ambik gambar.Ini gambar kain tengah jahit, susun tepi.


Okey, posisi tepi pulak.

Jahit lapik leher.


Okey, ini bahagian dalam gosok kain tu jadi lipatan kain susun tepi.

Dah siap gosok, sambung jahit bawah, jahit getang pinggang. Okey terima kasih, sekarang nak checking baju yang siap jahit (QC) nanti baju2 yang siap akan di paparkan. Amigos.




Potong Baju Kurung

Sebelum nak potong, kain baju kurung kena bentang dulu untuk tanda pola.

Bentang kain kena rapi.. kain kena rata baru senang nak letak pola.


Siap potong, operasi jahit.


Siap jahit, QC (quality control) check baju dulu, buang benang dan pastu packing. Mana pelanggan nak packing, kita packing. mana nak hanger, kita hanger kan. mana nak lipat je, lipat sahaja lah.


Jahit Jubah tahfiz

Kali ini pelanggan dari Batu Caves hantar kain untuk jahit jubah tahfiz. Bincang punya bincang, maklumat dah ambil dari pelanggan, kerja-kerja pemotongan pun dibuat. Pola yang disiap reka ditanda pada kain untuk pemotongan.

Tempahan jubah ini dalam 20 helai, jadi guna gunting. Kalau banyak dalam 100 helai kena la guna mesin.

Dah siap potong kain, operasi menjahit dimulakan.

Pekerja JAHIT PUKAL menjahit tempat butang baju jubah tahfiz.


Pemasang kolar baju jubah tahfiz

Opearsi mengosok kolar dengan pengeras buckram. Disini juga tempat lubang leher.


Tempahan jubah tahfiz ini nak dalam 14 hari. tapi alhamdullilah siap dalam masa 8 hari.




Staff Jahit Pukal


Staff JAHIT PUKAL, semua tekun menjahit baju kurung readymade. Tempahan baju cotton 112 pasang dari pelanggan UPtown Shah Alam. Siap dalam masa 4 hari. Syukur.

Staff jahit mengikut bahagian demi bahagian. (Part by Part). Seorang buat leher dan pasang lapik leher, Ada yang buat sembat sahaja dan ada yang jahit tangan sahaja.
Jahit tepi untuk finishing sembat bawah baju kurung. Kualiti mesti dijaga.(Penting sesangat)
Jahit lapik leher.Tak boleh senget-senget nanti pelanggan mengamuk.
Baju Kurung yang siap, butang leher dijahit. Tak kisah la butang emas ke, cendawan ke, butang bungkus ke, jahit. Apa yang pelanggan minta, buat. :)