Pemborong Jahit Pukal

Pemborong Jahit Pukal

Tempahan Kurung Biasa dari Pelanggan Bangi, selangor.

Tempahan ini dari pelanggan Bangi, Selangor. Kain dari Indonesia.

Kainnya ada corak bunga bersulam, jadi kena bijak meletak pola tak boleh salah letak pola.


Pandangan dekat corak bunga bersulam

Untuk bahagian kainnya pula, corak designnya begini.



Tempahan Kurung Biasa, Kurung Pahang dan Kurung Moden dari pelanggan jual Online

Order ini campur-campur. Kurung moden moden ada, pahang ada dan kurung biasa. Kain cotton, pelanggan setia yang menjual baju kurung secara online.


Pandangan dekat



Pandangan dekat


Pandangan Dekat
(JAHIT PUKAL tak jual kain, kain ini dibentang untuk pemotongan)



Pandangan Dekat



Dah Siap bentang kain, tanda pola dan potong kain untuk esok.


Pagi esoknya staff-staff JAHIT PUKAL memulakan operasi menjahit tempahan ini.



Pandangan belakang.Pandangan kilang JAHIT PUKAL


Terima kasih semua!

Tempahan Kurung Pahang kain corak berbunga

Tempahan ini kurung pahang, kain corak berbunga. Tempahan ini pelanggan dari Ampang.

bidang kain ini kurang dari 42 "

Kain berbunga.


close up view

Tekap pola saiz XL

Operasi menjahit dijalankan







Tempahan Baju Kurung Persendirian

Tempahan ini 59 pasang dari Guru Sekolah Kuching Sarawak tapi nak campur-campur design (Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Biasa dan ada cuff hujung lengan). Kain semua jenis licin-licin. (Satin/creep)


Operasi pemotongan kain. Mula-mula jalan kain corak bunga menegak.




Siap bentang, tanda pola. (nampak tanda saiz M)


Tempahan Baju Kurung Pahang kain Creep

Tempahan ini dari pelanggan Shah Alam sebanyak 112 pasang. Dalam 112 pasang tu nak campur-campur. Kurung Pahang ada, Kurung Berlinning ada, kain yang pelanggan hantar juga campur2. Gambar yang nak dipaparkan ni kain Creep punya. Pertama sekali, kita bentang kain nak potong.
Kain yang di bentang nak saiz L, dan ada 4 warna. Jadi bentang kaler ini dahulu kemudian lapiskan dengan kaler kelabu pulak.

Bila dah bentang yang kaler kelabu ni, bentang yang kaler biru pula. Jadi dah tiga lapis, semua sama saiz L.
Biru dah bentang, kaler yang terakhir bentang kain warna dark pink. bila buat berlapis macam ini, cepat dah siap potong saiz L 4 helai.
Ok semua dah siap bentang, pola saiz L ditekap dan ditanda dengan kapur.

Siap tanda dengan kapur, standby la dengan potong kain mengikut tanda kapur. Potong kena betul-betul tak boleh senget.
Dah siap potong, kena ikatkan dengan label saiz dan keterangan tentang baju yang hendak dijahit. Misalnya pelanggan tak nak tindih kasih, tulis tak nak tindih kasih.



Kain-kain yang dipotong start dengan jahit tepi. Lepas jahit tepi boleh la start sambung pesak, kekek, tangan.







Okey sementara budak belakang sekali(baju putih) tu tengah jahit tepi kain Creep kita, budak jahit yang lain tengah jahit kain SB Line. (Tak sure nama kain tu, pelanggan cakap SB Line, SB Line sahaja. Yang penting kualiti jahitan jaga)

Kain SB line ni tak sempat nak tanyang gambar masa potong. Pelanggan hantar malam, malam tu jugak potong. Itu yang tak sempat ambik gambar.Ini gambar kain tengah jahit, susun tepi.


Okey, posisi tepi pulak.

Jahit lapik leher.


Okey, ini bahagian dalam gosok kain tu jadi lipatan kain susun tepi.

Dah siap gosok, sambung jahit bawah, jahit getang pinggang. Okey terima kasih, sekarang nak checking baju yang siap jahit (QC) nanti baju2 yang siap akan di paparkan. Amigos.




Potong Baju Kurung

Sebelum nak potong, kain baju kurung kena bentang dulu untuk tanda pola.

Bentang kain kena rapi.. kain kena rata baru senang nak letak pola.


Siap potong, operasi jahit.


Siap jahit, QC (quality control) check baju dulu, buang benang dan pastu packing. Mana pelanggan nak packing, kita packing. mana nak hanger, kita hanger kan. mana nak lipat je, lipat sahaja lah.