Kami sebuah syarikat mahir didalam pemotongan dan jahitan pakaian baju wanita seperti Baju Kurung Biasa, Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Moden, Baju Kurung Riau, Blause, Jubah dan lain-lain. Terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini dan segala pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi/sms 014-6088697. Sekian, jahit pukal.
Pemborong Jahit Pukal
Tempahan Baju Kurung 1000 pasang dari Singapura
Tempahan Baju Kurung untuk Dewasa dan Kanak-kanak 1000 pasang dari peniaga Singapura
Sejak akhir-akhir ini tempahan semakin meningkat sejak awal tahun Januari 2013.
Banyak juga tempahan-tempahan yang tidak dapat saya masukkan dalam blog. Nak update blog pun tak sempat juga. Bulan Mei, tempahan 1000 pasang Baju Kurung dari negara jiran Singapura pula datang ke kilang JAHIT PUKAL. Ini antaranya saya sempat ambil gambar dan kongsikan.
Lori transport sampai untuk hantar kain 60 gulung.
Antara gambar-gambar yang sempat saya snap.
Tempahan Baju Kurung, pelanggan dari Melaka.
Tempahan Baju Kurung, customer yang hantar ni dari Melaka. Oleh kerana jauh nak datang ke kilang Jahit Pukal, customer ni pos jelah kainnya. Kami berhubung melalui watsapp sahaja.
Customer dari Melaka ini dah siap labeling saiz apa yg dia nak.
Kain semua di bentang untuk di potong dan di jahit.
(gambar potong dan jahit sy tak sempat nak ambil gambar)
Baju Kurungnya siap dijahit, kemudian JAHIT PUKAL akan pos semula ke
customer yang tinggal di Melaka tu.
Baju Kurung Menyusu, tempahan dari Shah Alam
Baju Kurung Menyusu, tempahan dari Shah Alam. Customer ini hantar pakai Pos Domestik. Nak buat baju kurung pahang jenis yang menyusu punya.
Kuantiti dah siap di tulis pakai marker pada plastik. (Bagus, ini lagi mempercepatkan lagi kerja Jahit Pukal)
Kemudian macam biasa, Proses pemotongan dijalankan.
Pakaian dah siap jahit, JAHIT PUKAL akan pos semula kepada pelanggan. POS ke Perak.
Terima kasih pada pelanggan dari Shah Alam !
Langgan:
Catatan (Atom)




















