Pemborong Jahit Pukal

Pemborong Jahit Pukal

Baju Kurung Menyusu, tempahan dari Shah Alam

Baju Kurung Menyusu, tempahan dari Shah Alam. Customer ini hantar pakai Pos Domestik. Nak buat baju kurung pahang jenis yang menyusu punya.


Kuantiti dah siap di tulis pakai marker pada plastik. (Bagus, ini lagi mempercepatkan lagi kerja Jahit Pukal)

Kemudian macam biasa, Proses pemotongan dijalankan.


Pakaian dah siap jahit, JAHIT PUKAL akan pos semula kepada pelanggan. POS ke Perak.

Terima kasih pada pelanggan dari Shah Alam !

Tempahan Kurung Pahang Kain susun tepi. Pelanggan dari Putrajaya.

Repeat order. Pelanggan berpuas hati dengan tempahan sebelum ini dan menghantar lagi tempahan sebanyak 30 pasang.





Operasi jahitan di mulakan selepas pemotongan kain





Siap jahit, semua baju akan di gosok


Siap. Baju Kurung Pahang 30 pasang.

Jahit Tepi Tudung / Shawl 45 pcs

Jahit Tepi Tudung / Shawl tempahan 45 pcs pelanggan dari Kelana Jaya

Pelanggan ini datang dari Kelana Jaya dan minta jahit tepi tudung / shawl.

Pemilihan benang mengikut warna kain tudung / shawl



Shawl yang telah siap di jahit tepi




45 pcs tudung / shawl siap di jahit tepi

Baju Kurung Menyusu Order dari Petaling Jaya

Customer datang untuk hantar kain Gulung. Proses perbincangan untuk beri customer faham cara proses jahit pukal.

Seperti citer sebelum ini. Customer hanta kain gulung nak buat baju menyusu. Siang tadi hantar, malam kita potong la kain. (Cadang nak 4 hari sahaja siap.)


 Kain akan dibentang untuk di potong.


Tempahan Baju dari 1 Mac hingga 3 Mac 2013

Tempahan Baju dari 1 Mac hingga 3 Mac 2013. Tempahan ini Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Biasa semua nak buat nursing, (baju menyusu). Total semua ada 70 pasang order dari Petaling Jaya. Satu lagi order baju Kurung Pahang dewasa, Kurung biasa Kanak2 semua 100 pasang order dari Sungai Petani Kedah.

Baju kurung Moden Kain Bersulam

Baju Kurung Moden, customer ini bagi kain cotton jenis bersulam. Tapi, ada tapinya.. kainnya ada sesetengah rosak. Saja nak pos gambar ini dalam blog supaya customer dan pembaca-pembaca blog boleh semak dulu kain anda sebelum hantar untuk di jahit. Kadang-kadang tu supplier kain bagi anda kain yang dah rosak.

Kain berlubang-lubang


Kain terkoyak


Baju Kurung Moden Kain Satin + Lace

Baju Kurung Moden Kain Satin  48 pasang, dan customer nak tambah lace.





Pemasang Zip Sorok