Pemborong Jahit Pukal

Pemborong Jahit Pukal

Demam Raya 2012 Tempahan 78 pasang dari Sungai Buluh

Tempahan 78 pasang ini dari pelanggan Sungai Buluh. Kurung Pahang kain lipat batik.



Malam itu, staff potong JAHIT PUKAL memulakan operasi pemotongan kain


Tapi semasa sedang asyik tarik kain.. staff kami terjumpa tanda garisan pada kain. maka staff JAHIT PUKAL tidak memotong kain ini untuk tunjuk bukti kainnya ada sikit kerosakan.

Close up gambar kain yang rosak. (ada garisan)

Demam Raya 2012 Tempahan kain Cotton 250 pasang

Tempahan dari pelanggan Cheras menghantar 250 pasang. Hantar dalam bentuk kayu dan potong-potong.
















Demam Raya 2012 Tempahan Baju Kanak2 dari Sabah

Tempahan kali ini tempahan pelanggan dari Kota Kinabalu Sabah. Petang pukul 5 semalam, seorang posmen poslaju datang ke JAHIT PUKAL dan menghantar bungkusan tempahan pakaian kanak-kanak dari pelanggan Sabah.

Jauh kain ini terbang. dari Sabah ke Kuala Lumpur.



Proses jahitan di jalankan




Staff JAHIT PUKAL sedang menjalankan tempahan baju kurung pelanggan dari Sabah.



Kepada pelanggan-pelanggan, kadang-kadang kain yang anda beli ada rosaknya. contoh,

Kain anda ada garisan rosak

ada tulisan marker pada kain anda. Yang ini anda kena tanya kat tempat yang anda beli kain tu, minta tukar.
(yang dalam gambar tak tau bahasa apa)



Demam Tempahan Raya 2012 Kain Chiffon Linning

Tempahan Persendirian kain chiffon berlinning. Tempahan dari pelanggan Sentul Kuala Lumpur.

Proses pemotongan kain linning dalam dahulu.


Menanda pola pada kain.



Kain luar dibentang untuk menanda pola




Siap potong, Operasi Jahit tepi


Siap jahit Tepi, operasi jahit.

Siap jahit baju linning, kena gosok dulu sebelum packing

Sekian Terima kasih dari pelanggan Sentul K.Lumpur ! 


Demam Raya 2012

Tempahan Raya 2012 kali ini pelanggan tetap JAHIT PUKAL. Pelanggan ini dari Shah Alam. Hantar kain SB LINE. Tempahan dalam 55 pasang dan hantar dalam bentuk kayu.



SB LINE CLASSIC GERMANY



Semasa tarik kain SB Line ini, kadang-kadang ada juga kain-kain yang rosak, jika jumpa yang rosak shj, pihak kami akan terus hubungi pelanggan untuk tanya samaada boleh buang bhgn yg rosak atau pelanggan itu nak tular dengan pembekal kain.

 kain yang berlubang-lubang.


Selepas selesai tunjukkan pada pelanggan, dan pelanggan bersetuju untuk potong pada bhgn yang berlubang sahaja maka kerja pemotongan di jalankan.




Kerja jahitan dijalankan










Demam Tempahan Raya 2012

Tempahan Kurung Biasa 41 Pasang, saiz S (5 pasang) saiz M (18 pasang) saiz L (13 pasang) saiz XL (13 pasang). Tempahan ini pelanggan dari Sungai Buluh Selangor. Kain Licin.

Kain ini di potong pada Shift Malam memandangkan tempahan raya 2012 telah bermula. Bermula bulan ini, hingga bulan 7, target pengeluaran JAHIT PUKAL akan keluarkan kurang-kurang 2000 pasang.

Pandangan dekat kain licin yang hendak di potong.



Corak kain menegak


Corak yang sama cuma warna kain yang berbeza dari atas.






Keesokkannya operasi menjahit di mulakan. Shift pagi menjahit di mulakan.


Kain yang di potong shift malam semalam mula dijahit.

Pekerja am mengosok lapik leher


Bertungkus lumus menyiapkan tempahan pelanggan.Ingat, kualiti mesti di jaga.


Sekian tempahan dari Sungai Buluh. Terima kasih dari Jahit Pukal